Lagi

PENGENALAN



Apa itu proses pengguguran. Di sini kami akan menjelaskan secara terperinci apa itu proses-proses yang bakal anda hadapi ketika menjalankan pengguguran dengan menggunakan Misoprostol, Mifepristone, Cytolog atau MTP KIT.

Apa itu keguguran Kandungan?


KEGUGURAN

Pengenalan


Ibu turun darah sebelum minggu ke-20 kandungan. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup. Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.


Sebab-sebab


Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai dan bertindih. Antaranya adalah: 


Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.

Masalah penyakit si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)


Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran:


Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda

Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.

Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko

Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran. 

Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran

Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko. Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling.

Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.

Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stress fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.

Share by: